Dan lagi 4 Masjid di Lenggong dibatalkan PH



Kuala Lumpur 1 Okt. – Pembinaan empat buah masjid di dalam kawasan Parlimen Lenggong, Perak bernilai RM5 juta dibatalkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara walaupun projek itu telah diluluskan sebelum ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau kecewa dengan tindakan tersebut memandangkan ia merupakan keperluan pembangunan di kawasan luar bandar.

"Saya sendiri di Parlimen Lenggong empat buah masjid bernilai RM5 juta yang telah mendapat kelulusan dibatalkan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng batal dana bina Masjid Saujana Puchong ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 9 projek bina masjid mungkin dibatalkan KERAjaan PH ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jelaskan mengapa PH mansuh 4,000 projek rumah Mesra Rakyat – PAS ]

"Janganlah kerana dendam atau mahu menghapuskan semua legasi Barisan Nasional (BN) menyebabkan projek keperluan rakyat seumpama ini dibatalkan kerana ia sangat tidak adil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hati ini.

Menurut Shamsul Anuar, beliau tidak faham kenapa KERAjaan PH membuat tindakan membatalkan projek-projek untuk kepentingan rakyat yang telah diluluskan sewaktu BN memerintah dahulu.

Ini kerana projek ini keseluruhannya adalah projek yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Malah saya ingin mengatakan bahawa projek ini kebanyakannya adalah penting dan manfaatnya bukan hanya kepada mereka yang menyokong BN sebaliknya ia melibatkan kepentingan keseluruhan masyarakat. - UM
Dan lagi 4 Masjid di Lenggong dibatalkan PH Dan lagi 4 Masjid di Lenggong dibatalkan PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on October 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...