Umpan donut sebar ajaran Syiah di Bukit Bintang



Seorang pendakwah bebas hari ini memuat naik satu status di Facebook miliknya mendedahkan
satu kumpulan Syiah giat melakukan dakwah kepada ajaran agama mereka di Bukit Bintang.

Pendakwah bebas yang bernama Firdaus Wong Wai Hung berbangsa Cina itu menyatakan kumpulan pendakwah Syiah itu pernah menghubunginya untuk mengajak bekerjasama melakukan 'Street Dakwah' namun apabila setelah diperiksa dan mendapati kumpulan tersebut membawa ajaran Syiah, Firdaus menolak untuk bekerjasama.

Tetapi hari ini menurutnya sesuatu yang mengejutkan apabila beliau ke Bukit Bintang dan mendapati, kumpulan Syiah tersebut telah mengambil lokasi yang biasa Firdaus lakukan gerakan dakwahnya di sana.

[ARTIKEL BERKAITAN : Mahathir terima dana 2 bilion dari Syiah Iran ]

[ARTIKEL BERKAITAN : Mahathir minta Sunni terima Syiah ]

Kumpulan Syiah tersebut turut menyediakan menu Donut Krispy Kreme untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai sebagai daya penarik.


Kumpulan Syiah ini pernah menghubungi kami untuk bekerjasama. Mereka menafikan mereka Syiah tetapi setelah kami melakukan siasatan, terbukti mereka ini Syiah!

Kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami tidak mahu bekerjasama dengan mereka.

Hari ini, kumpulan ini terlebih awal mengambil tempat kami selalu melakukan Street Dakwah di Bukit Bintang. Sukarelawan mereka terdiri dari orang Melayu, Arab & Cina.

Kini tugasan sukarelawan Street Dakwah kami bukan sahaja perlu berhadapan dengan Missionari dan menyantuni Belum Muslim tetapi perlu berdepan dengan Syiah yang memberikan Donut Krispy Kreme secara percuma! Usaha dakwah kami tetap diteruskan.

When the going get tough, the tough get going.

Khalid Ismath seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terkenal satu ketika dahulu yang juga seorang yang menampakkan dirinya sebagai seorang Syiah turut memuji 'Street Dakwah' yang dilakukan oleh kumpulan Syiah tersebut.

Rata-rata netizen menyatakan kerisauan dan kegusaran mereka apabila ajaran Syiah yang telah diharamkan di negara ini bebas didakwahkan secara terbuka kepada orang awam dan tiada tindakan pantas serta pemantauan dari pihak berkuasa berkenaan hal itu.

[ARTIKEL BERKAITAN : Pegawai Jakim bantah Mahathir satukan Sunni-Syiah ]

[ARTIKEL BERKAITAN : Syiah Hezbollah puji Malaysia ]

Kebanyakan dari mereka mula menyalahkan dan mempersoalkan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) kerana sejak kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, kumpulan Syiah dan kumpulan ajaran sesat yang lain seperti liberal semakin berani menyebarkan ajaran mereka.

"Rosak malaysia dgn syiah ph," komen Lok Farm.

"Mungkin susah sikit skrg ni nak report, bila di kalangan menteri pun Syiah.. Kerajaan baru skrg kerajaan fitnah," komen Syeih Abdurrahman.

"saidina hussein pun tak tahu syiah ni wujud.. kalau saidina hussein hidup lagi, silap2 dia sendiri penggal kepala syiah ni," komen Nur Nuzul Din.

"Hadiah dari kerajaan baru. Steruk teruk zaman bn syiah bole ditangkap oleh jabatan agama. Skrng dah bebas mngamalkn amalan syiah. Terima kasih pngundi ph," Komen Cherah Acap.

[ARTIKEL BERKAITAN : KANTOI: Menteri Pertahanan korban di masjid Syiah, Thailand ]

[ARTIKEL BERKAITAN : Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia ]

"Apa nak kata? PM Atok sendiri suruh rakyat Malaysia terima Syiah...Menteri Pertahanan pun sikit2 kagum dengan Iran, Hassan Nasrallah dan Hezbollah dan sampai skrg pun tak nak mengaku dia Syiah walaupun ramai tahu siapa beliau, itu hak dia..kenapa Syiah skrg giat menyebarkan pengaruh dan tersangat berani? Melainkan ada tangan2 yang berpengaruh di belakang. Skrg mmg la semua pakat tak mengaku..tetapi bila dah makin kuat dan kuasa makin kuat mencengkam maka rakyat sendiri akn melihat siapa mereka sebenar. Rakyat masih tidur dan ditipu oleh puak2 ni. Lama2 nak menyesal pun tiada berguna lagi," komen Toya Mat Amin

"Malaysia Baru... Marina mahathir kata sesuai dengan kebebasan beragama, syiah kena dibenarkan di Malaysia..mngkin byk lg ajaran sesat akn dibenarkan lepas ni.." komen Muhammad Rusydi.

"Memang dh berjaya dikesan beberapa pemimpin utama dikalangan ph yg berfahaman syiah.. jika xbetul mereka ni pun xkan berani berdakwah secara trbuka begini.." komen Hairi Blade.

[ARTIKEL BERKAITAN : Kini fahaman Syiah bebas dikembangkan di Malaysia ]

"Kerajaan baru ni kalau boleh semua yg bertentangan ngn islam diharuskan n dihalalkan...skrg dh berani buat secara terangan2...dunia akhir zaman," komen Dila Fendi.

"Mskin berani syiah masa kerajaan PH ni.ke dh jd mcm sadam husin setelah di gulingkan.dah mati Sadam baru kita sedar yg arwah perjuang sunah wal jamaah.keja Yahudi memfitnah mcm yg terjadi skrg d Malaysia," komen Norramli Aziz

Apa akan jadi dengan negara kita? Adakah selepas ini ajaran sesat yang lain juga bebas diamalkan dan disebarkan kepada semua?

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung (Official)






Umpan donut sebar ajaran Syiah di Bukit Bintang Umpan donut sebar ajaran Syiah di Bukit Bintang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...