Tun M: Harga bilik hotel New York RM60k-RM100k satu malam



Kasihan jentera maya Pakatan Harapan (PH) kantoi tipu rakyat kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menginap di Hotel The Plaza sepanjang lima hari di New York, Amerika Syarikat (AS).

Mereka sebelum ini begitu beria-ia ‘canang’ Perdana Menteri usia tertua di dunia itu sekadar berada di hotel paling mewah di kota terbesar AS tersebut untuk hadiri mesyuarat dengan diplomat dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Malangnya, akhbar berbahasa Inggeris paling laris di Malaysia, The Star secara tidak sengaja telah ‘bocor’ berita mengenai gaya hidup elit Mahathir, 93, apabila melaporkan beliau memang sah ada menetap di hotel berkenaan.


Justeru tidak hairanlah laporan eksklusif itu kemudian jadi bahan sindiran netizen anti-PH yang luah rasa ‘gembira’ Mahathir mampu hidup bergaya ketika rakyat pula terpaksa ‘ikat perut’ kononnya hutang negara cecah RM1 trilion.

Ramai pengguna media sosial secara sinis turut rujuk ucapan malar segar bekas perdana menteri yang keempat itu ketika Simposium Perangi Rasuah 2015 di Putrajaya iaitu “jika anda mahu kesan rasuah, lihatlah gaya hidupnya.”

Ironi, gaya hidup mewah perdana menteri ketujuh itu jelas menepati apa yang pernah diucapkan Mahathir sendiri, sementelahan sebelum ini ramai netizen gempar dengan kehebatan beliau memiliki kereta Bufori harga RM1.6 juta.


Lebih dahsyat Mahathir tiba dari London, Britain bersama-sama isteri dan 11 orang pengiringnya tinggal di Hotel The Plaza dari 24 hingga 29 September untuk hadiri sesi Perhimpunan Agung di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Ini termasuk anggota keluarganya sehingga ada netizen sindir Ahli Parlimen Langkawi dan Pengerusi PH itu seperti bawa rombongan murid sekolah melancong selain persoal siapa tanggung perbelanjaan mereka semua di New York.

Persoalannya, jika benar hutang negara RM1 trilion ‘memaksa’ PH lancar Tabung Harapan yang cuma berjaya kutip RM160 juta dari rakyat marhaen miskin sebelum ditutup, kenapa beliau tergamak menginap di hotel elit tersebut.


Hotel The Plaza merupakan hotel paling ikonik di dunia sejak 1907 yang terletak di antara penjuru Fifth Avenue dan Central Park, hampir dua kilometer dari bangunan PBB; dengan menawarkan penginapan termahal di New York.

Harga bilik paling biasa adalah lebih kurang RM4,000 hingga RM12,000 semalam manakala Suite untuk pemimpin dunia adalah dalam lingkungan RM60,000 hingga RM100,000 semalam. Begitulah hebatnya cita rasa Mahathir!

Maklumlah hotel ini cukup popular dalam kalangan keluarga diraja Arab selain manusia terkaya di dunia, selebriti bertaraf antarabangsa, malah Presiden AS, Donald Trump pernah mengadakan majlis kahwinnya di sini pada 1993.

Tidak keterlaluan rakyat ditipu dengan segala janji manis manifesto PH tetapi Mahathir dan keluarganya menginap di hotel elit. Tetapi jika guna duit sendiri pula, dari mana datang kekayaan luar biasa Mahathir itu? – Mynewshub.TV










Tun M: Harga bilik hotel New York RM60k-RM100k satu malam Tun M: Harga bilik hotel New York RM60k-RM100k satu malam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 30, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...