TOLAK TUN M: Zuraida tidak mampu jawab pendedahan Rafizi



SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin enggan melayan dakwaan mengaitkan dirinya tidak bersetuju dengan konsensus melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh sebelum PRU14 lalu.

Zuraida yang juga calon Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak nampak relevannya isu itu dibangkitkan.

Sebaliknya beliau menyifatkan tindakan membangkitkan perkara itu sebagai orang yang tidak matang jika ia merupakan antara cara untuk berkempen, menjelang Pemilihan PKR 2018 yang dijadualkan bermula akhir bulan ini.

"Tak apalah..kalau itu cara dia berkempen, cara orang yang tak matang.


"Saya lebih suka nak mengamalkan politik matang..jadi tak apalah, tinggalkanlah orang yang tak matang ini," katanya kepada media di Pangsapuri Mentari, di sini hari ini, selepas membuat lawatan ziarah keluarga kepada kanak-kanak yang maut selepas jatuh dari tingkat 17 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Semalam, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu wawancara bersama Star TV dilaporkan berkata, ketika Dr Mahathir dan Bersatu dibawa masuk dalam PH serta bersetuju dengan konsensus untuk melantik Pengerusi Bersatu sebagai perdana menteri ketujuh, Zuraida antara individu yang membantah atas dasar jawatan tersebut harus disandang individu lebih muda.

Dalam wawancara itu, Rafizi turut mendedahkan beliau harus bertempur dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan sekutu-sekutunya kerana rekod prestasi mereka yang mengecewakan. - SH


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
TOLAK TUN M: Zuraida tidak mampu jawab pendedahan Rafizi TOLAK TUN M: Zuraida tidak mampu jawab pendedahan Rafizi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...