TERKINI: 'Semua pusat tahfiz akan ditutup..' – Khalid Samad



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup pusat tahfiz di Kepong yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara.

"Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggaran hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).



"Kami juga akan mengetatkan syarat kepada sekolah-sekolah berasrama khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PMKS WPKL) di sini, hari ini.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memeriksa status pusat-pusat tahfiz sekiranya berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi itu.

"Selain itu, DBKL turut akan bekerjasama dengan JAWI memantau kesemua pusat tahfiz yang masih beroperasi di sekitar ibu kota.



"Sekiranya didapati tidak berdaftar, kami tidak akan teragak-agak untuk menutupnya," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya tiada kuasa untuk menutup tahfiz haram di Kuala Lumpur kerana ia di bawah kuasa DBKL.

Ini susulan sebuah pusat tahfiz di Kepong yang mana pengetuanya ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati beroperasi secara haram. - BERNAMA

Kesimpulannya, semua pusat tahfiz yang tidak berdaftar akan ditutup. Bersedialah.



TERKINI: 'Semua pusat tahfiz akan ditutup..' – Khalid Samad TERKINI: 'Semua pusat tahfiz akan ditutup..' – Khalid Samad Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 25, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...