HAPUS STRAW PLASTIK: Straw kertas lebih mahal 10 kali ganda



KERAjaan Pakatan Harapan (PH) sedang mencari alternatif yang mesra alam bagi menggantikan penyedut minuman plastik.

Pilihan yang ada atau yang paling jelas adalah penyedut minuman kertas. Tetapi malangnya penyedut minuman ini lebih mahal 10 kali ganda dari penyedut minuman plastik. Ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PacknWood satu syarikat produk perkhidmatan makanan terkemuka dunia.



"Anda sedang melihat mungkin sepuluh kali ganda kosnya," kata Adam Merran CEO PacknWood kepada CNBC.

"Jika anda membeli penyedut minuman kertas, kira-kira dua sen setengah," katanya. Penyedut minuman plastik pula kos kira-kira setengah sen, dalam dollar Amerika.



Semalam tular satu berita bermula 1 Januri tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.



“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.



Keputusan ini mencetuskan reaksi kurang senang dari orang ramai memandangkan harga barang yang semakin meningkat setiap hari dan harga makanan dan minuman yang dijual juga dinaikkan tanpa pemantauan dari pihak berkuasa.

Kini ditambah pula dengan pengharaman penyedut minuman plastik yang mana peniaga terpaksa mencari alternatif lain seperti menggantikannya dengan penyedut minuman kertas yang 10 kali ganda lebih mahal dari biasa, sudah tentu harga minuman akan terus melambung di semua premis makanan dan minuman mahupun air yang dijual di dalam kotak-kotak yang tersedia dengan penyedut minuman.



Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang mempersoalkan keputusan KERAjaan PH mengharamkan penyedut minuman plastik sedangkan banyak produk-produk lain yang lebih membahayakan kesihatan dan alam sekitar seperti rokok, tidak pula diharamkan.

Bahkan KERAjaan PH mengambil keuntungan dari penjualan rokok-rokok ini dari cukai yang terlampu tinggi yang dikenakan ke atasnya.



KERAjaan PH juga mengambil keuntungan dari penjualan arak sedangkan umum mengetahui arak juga membahayakan kesihatan dan terbukti pula dari kes yang terbaru ia telah membunuh 22 orang dalam masa 24 jam selain hukumnya yang haram di sisi Islam.

Pada tahun 2015, seramai 28 orang telah mati akibat dari kes yang serupa.



Netizen mempersoalkan, mengapa dipentingkan sangat pengharaman penyedut minuman plastik sedangkan janji manifesto yang 10 perkara masih tidak tertunai sehingga ke hari ini.

"Adakah tugas KERAjaan PH sekarang hanya untuk menyusahkan rakyat?



"Di mana janji-janji PH untuk menurunkan harga barang, harga petrol, hapus tol, hapus PTPTN atau paling tidak menangguhkannya, di mana satu juta peluang pekerjaan berkualiti untuk anak muda dengan gaji minimum RM2,500 dan lain-lain janji?

"Tunaikanlah janji ini dahulu dan apabila ekonomi rakyat meningkat barulah rakyat dapat membantu kerajaan," komen Faruk di akaun facebook milik beliau.


"Bukan tak boleh hapus straw plastik, tapi kerajaan nak beri subsidi ke kalau harga naik?" soal Suhaila.

"Demi untuk menyahut seruan kerajaan supaya tidak menggunakan straw jenis plastik konvensional, rakyat di negara ini di sarankan untuk membawa getah paip sendiri dari rumah sebelum anda berkunjung ke kedai-kedai makan untuk menjamu selera," komen Biswardi.


Dari tinjauan komen-komen di media sosial nampaknya rakyat masih belum bersedia untuk menerima keputusan KERAjaan PH menghapuskan penyedut minuman plastik.

Bukan kerana tidak mahu memberi kerjasama menjaga alam sekitar, tetapi rakyat menuntut KERAjaan PH menaikkan taraf hidup mereka dahulu seperti yang dijanjikan sebelum menunaikan permintaan yang lain. – AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN :



Berlatih minum tanpa straw




Straw haram maka selepas ini kena bawa sendiri getah paip dari rumah



Berlatih minum guna getah paip. Maklumlah, getah paip sedikit besar lubangnya dari straw plastik

HAPUS STRAW PLASTIK: Straw kertas lebih mahal 10 kali ganda HAPUS STRAW PLASTIK: Straw kertas lebih mahal 10 kali ganda Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...