Pendakwaraya minta hakim larang Najib main facebook



PIHAK pendakwa raya hari ini membantah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Raak untuk diikat jamin dengan alasan bekas Perdana Menteri itu membuat kenyataan di media sosial bertujuan mencetuskan kekacauan dalam kalangan penyokongnya, lapor The Malaysian Insight.

Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata jika hakim membenarkan ikat jamin, jumlah sewajarnya ialah RM5 juta.

“Jika permohonan kami (tidak diberikan ikat jamin) ditolak, maka kami mohon ikat jamin RM5 juta untuk semua 25 pertuduhan untuk menunjukkan betapa serius kes itu.

“Ini kes di mana tertuduh sebelum ini memegang kepercayaan rakyat Malaysia, dan pertuduhan itu sangat serius,” kata Gopal Sri Ram.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan ]

Malaysiakini melaporkan Sri Ram berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh Najib berhubung kes ini dan ia bertujuan untuk mempengaruhi pendapat umum.

Peguam bela Najib, Shafee kemudian berhujah tiada salahnya Najib mempengaruhi pendapat umum, tambahan pula katanya , “serangan juga dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan”.

Shafee turut menambah, jka menteri mendakwa mereka mengamalkan kebebasan bersuara, maka Najib juga wajar diberikan layanan yang sama.

Jika dilihat kepada kes yang melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International sebelum ini, peguam negara Tommy Thomas menentang keras perintah tegahan (gag order) yang diminta oleh Najib.

Walaubagaimanapun, kini pendakwaraya pula yang mahukan perintah tersebut dikenakan terhadap Najib.


Mahkamah menolak permohonan pendakwaraya dan membenarkan Najib Razak diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin

Semenjak kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 lepas, Najib Razak giat menggunakan laman facebook beliau menulis dan menjawab isu-isu politik dan ekonomi terutamanya yang menyentuh kepada pemerintahannya sebelum ini.

Kebanyakan hantaran di facebook beliau menjadi tular di media sosial dan mendapat reaksi yang positif dari netizen. – TTKM/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pendakwaraya minta hakim larang Najib main facebook Pendakwaraya minta hakim larang Najib main facebook Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...