KECOH: Pemilihan 5 cabang PKR Kedah ditunda



ALOR SETAR 22 Sept. - Setelah tertangguh lebih dua jam, lima cabang PKR di negeri ini terpaksa menunda pemilihan kepimpinan parti itu berikutan masalah teknikal.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR , Ismail Yusof berkata, pengundian di cabang Alor Setar, Sungai Petani, Sik, Baling dan Kulim/Bandar Baharu terpaksa ditunda sehingga tarikh baharu ditetapkan kelak.


“Ini kerana ketua pengawas di pusat pengundian di cabang terbabit tidak boleh mengakses kata laluan untuk masuk ke dalam sistem.

“Setelah berbincang dengan calon-calon di cabang terlibat, mereka bersetuju untuk menangguhkan pemilihan yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemilihan tersebut juga ditunda kerana mahu mengelak berlakunya ketegangan serta terdapat ahli PKR di kawasan cabang terlibat bertindak pulang ke rumah masing-masing selepas proses pengundian tertangguh lebih dua jam. - UO












[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




KECOH: Pemilihan 5 cabang PKR Kedah ditunda KECOH: Pemilihan 5 cabang PKR Kedah ditunda Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...