PRESIDEN UIAM: Maszlee tiada prinsip – Penganalisis Politik



SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik diminta untuk berpegang pada prinsip dan kenyataan yang dibuat pada PRU14 lalu berhubung kebebasan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan Maszlee menerima pelantikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjejaskan integritinya sebagai Menteri Pendidikan dan imej kerajaan PH secara keseluruhannya.

“Beliau harus berpegang pada prinsip dan kenyataan asalnya untuk memberi kebebasan kepada universiti dan segala tindakan beliau haruslah selaras dengan pendirian tersebut.’

[ ARTIKEL BERKAITAN : DAP, UMNO pertikai Maszlee jadi Presiden UIA, SU jadi Pengarah UUM ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Kajian: Wan Azizah menteri terbaik, Maszlee terburuk ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Dr Maszlee Malik tunai haji dengan penerbangan kelas pertama ]

“Keputusan beliau menerima pelantikan itu dengan sendirinya sudah menimbulkan keraguan dalam pemikiran dan persepsi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Jeniri, terdapat kemungkinan bahawa Maszlee akan bertindak bias kepada universiti lain dari segi tindakan dan keputusan yang dibuat.

“Bagaimana beliau boleh bertindak dengan adil jika beliau sudah menjadi presiden kepada universiti yang mana beliau pernah berkhidmat sebelum ini.

“Bagi saya tindakan itu sendiri lebih banyak membawa keburukan kepada beliau sebagai menteri,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN : BR1M: Maszlee Malik hina Melayu miskin ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Maszlee Malik upah Pegawai Khas 11 orang ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Tangguh PTPTN: Jawapan Maszlee mengecewakan - KJ ]

Ujarnya, melepaskan jawatan tersebut adalah tindakan yang terbaik bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan yang lebih berat sebagai Menteri Pendidikan.

“Beliau perlu jalankan tugasan sebagai menteri dengan mengemukakan gagasan-gagasan pembaharuan dalam kementerian dibawah pengurusannya kerana itu adalah tugas yang lebih mendesak.

“Mengapa harus menjerumuskan diri dalam tindakan yang kontroversi? Beliau harus berkecuali daripada semua universiti yang ada,” katanya. – SH
PRESIDEN UIAM: Maszlee tiada prinsip – Penganalisis Politik PRESIDEN UIAM: Maszlee tiada prinsip – Penganalisis Politik Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...