KEJAM: Polis serbu rumah ibu Najib



KEJAM: Polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Razak ketika pihak berkuasa mencengkam bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan baharu hari ini.

Difahamkan serbuan di rumah Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkaitan dengan siasatan ke atas peranan Najib dalam 1MDB.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan berkata polis tidak mengambil apa-apa daripada rumah itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : 25 pertuduhan ke atas Najib semuanya karut – Shafee ]

“Ya, tergamak mereka menakutkan wanita itu tetapi mereka tidak temui apa-apa pun,” kata peguam terkenal itu kepada FMT.

Serbuan itu berlaku ketika 25 pertuduhan baharu dikenakan terhadap Najib hari ini, menjadikan keseluruhannya 32 pertuduhan sejak siasatan dimulakan selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lepas. - FMT


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
KEJAM: Polis serbu rumah ibu Najib KEJAM: Polis serbu rumah ibu Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...