PTPTN: Dulu hasut tak perlu bayar, kini paksa bayar pula – Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nasib peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Dalam catatan di laman Facebook rasminya, bekas perdana menteri berkata, peminjam PTPTN 'dihasut' selama 10 tahun oleh pihak pembangkang sebelum ini untuk tidak membayar balik pinjaman mereka.

"Kini mereka sering dimarah oleh Pakatan Harapan (PH) kerana tidak membayar pinjaman pula," tulisnya.


[ ARTIKEL BERKAITAN : Mahasiswa desak PH tunai janji tangguh bayar PTPTN ]

"Mereka tidak sepatutnya dimarah (dan dilabel) sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

"Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji-janji mereka," kata Najib.

Justeru beliau menasihatkan peminjam PTPTN untuk membayar mengikut kemampuan masing-masing susulan janji populis PH yang sukar dilaksanakan.


"Kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk di mana mereka sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)," tambahnya. - AA






[ Please subscribe Abu Leman Youtube chann
PTPTN: Dulu hasut tak perlu bayar, kini paksa bayar pula – Najib PTPTN: Dulu hasut tak perlu bayar, kini paksa bayar pula – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 23, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...