DAP, UMNO pertikai Maszlee jadi Presiden UIA, SU jadi Pengarah UUM



PETALING JAYA: Maszlee Malik dilantik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjadi Menteri Pendidikan ke-3 memegang jawatan tertinggi sejak penubuhannya lebih 3 dekad lalu.

Pembantu kepada menteri itu mengesahkan pelantikannya dengan FMT, walaupun percubaan untuk menghubungi UIA gagal.

Pelantikan Maszlee bagaimanapun dikritik seorang pemimpin DAP, mengatakan ia adalah konflik kepentingan dan bertentangan dengan janji menteri itu untuk tidak campur tangan dalam pengurusan institusi pengajian tinggi.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Kajian: Wan Azizah menteri terbaik, Maszlee terburuk ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Dr Maszlee Malik tunai haji dengan penerbangan kelas pertama ]

Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata Maszlee harus menolak pelantikan itu, dan memberi amaran terhadap apa-apa percubaan untuk mempertahankan pelantikan itu adalah jalan keluar teknikal.

“Gagal berbuat demikian akan menggagalkan pelajar yang mengharapkan kita memulihkan kebebasan akademik. Gagal berbuat demikian akan menjadi tamparan kepada aktivis pelajar yang disenarai hitam, diganggu atau ditahan di bawah AUKU,” katanya dalam satu kenyataan merujuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dikritik keras Pakatan Harapan.

[ ARTIKEL BERKAITAN : BR1M: Maszlee Malik hina Melayu miskin ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Maszlee Malik upah Pegawai Khas 11 orang ]

Lim juga mempersoalkan pelantikan Setiausaha Politik Maszlee, Mohd Nizam Morad sebagai salah seorang pengarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Walaupun butiran pelantikan Nizam tidak diumumkan, kedua-dua pelantikan ini meragukan berhubung komitmen Kementerian Pendidikan terhadap kebebasan akademik,” katanya.

Manakala, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula melahirkan rasa terkejut apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menerima pelantikan tersebut.

Jelas Asyraf Wajdi, beliau menghormati kebolehan Maszlee namun rakyat pastinya menuntut janji Ahli Parlimen Simpang Renggam itu yang sebelum ini bertekad untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Tangguh PTPTN: Jawapan Maszlee mengecewakan - KJ ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : ‘Certot’ ciptaan Menteri Pendidikan menjadi viral ]

“Membuat kami terkejut apabila Maszlee menerima jawatan Presiden UIAM pada masa yang sama setiausaha politiknya (Mohd. Nizam Morad) pula dilantik sebagai Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.

“Saya petik kenyataan Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018 “Ini merupakan era baharu, saya akan pastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, ini termasuk diri saya”. Kotakan janji, lantiklah tokoh cendekiawan yang dihormati rakyat untuk mengemudi universiti dalam era kerajaan baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – FMT/UO

DAP, UMNO pertikai Maszlee jadi Presiden UIA, SU jadi Pengarah UUM DAP, UMNO pertikai Maszlee jadi Presiden UIA, SU jadi Pengarah UUM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...