22 mati minum arak, KERAjaan PH haramkan straw



Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.



“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.



Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.

Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik.



Tinjauan di media sosial dapati ramai yang mempersoalkan keputusan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) mengharamkan straw sedangkan dunia baru dikejutkan dengan kematian 28 orang akibat dari minum arak.

"Arak tu dah bunuh 22 orang kelmarin. Tahun 2015 28 orang mati, mungkin lebih. Straw plk yg kena haram.



"Berapa ramai orang yang straw ni dah bunuh? Bangang pun KERA-jaan!" kata Yunos. - IW/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : Straw kertas lebih mahal 10 kali ganda






Berlatih minum tanpa straw


Straw haram maka selepas ini kena bawa sendiri getah paip dari rumah


Berlatih minum guna getah paip. Maklumlah, getah paip sedikit besar lubangnya dari straw plastik

22 mati minum arak, KERAjaan PH haramkan straw 22 mati minum arak, KERAjaan PH haramkan straw Reviewed by Abu Leman Abu Seman on September 21, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...