Memalukan! Menteri Agama Malaysia tersisih di majlis rasmi Raja Salman



Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadiri majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lebih unik, jemputan khas itu sebenarnya hanya dihadiri sejumlah pemimpin negara, ketua kerajaan dan menteri kanan yang datang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci serta diraikan baginda bersempena Hari Raya Aidiladha.

Lucunya, ketika Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa ‘bangga’ kongsi gambar beliau di Istana Mina dalam majlis tersebut menerusi akaun sosial Facebook, padahal beliau disisihkan untuk duduk di baris keempat atau baris kelima.

Apa yang Mujahid tidak tahu adalah, bukan beliau sahaja yang ada di situ, Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun turut berada di sana malah diberi tempat duduk yang lebih istimewa di baris kedua dari hadapan.

Bayangkanlah imej beliau yang disiarkan secara langsung melalui program khas stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi kelmarin kemudian tular luas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berbanding Mujahid sendiri.

Secara umum, bukan mudah kerajaan Arab Saudi sanggup ‘buang masa’ jemput Ahmad Zahid yang tiada lagi apa-apa jawatan pun dalam kerajaan Malaysia, tetapi dirai Raja Salman pada acara formal di istana semayam baginda.

Bahkan, pemerintah Arab Saudi itu ketika bertitah seolah-olah sindir kerajaan PH kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang operasi ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Raja Salman namun ulangi komitmen negara itu bagi perangi keganasan puak pelampau sambil beri gambaran yang semacam merujuk tindakan Malaysia tarik pasukan tentera ditugas khas kawal keselamatan Makkah dan Kaabah.

Meskipun tidak sebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu maklum imej hubungan kurang mesra Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Arab Saudi susulan fitnah beliau dalam isu dana RM2.6 bilion.

Akibat PH sengaja eksploitasi cerita derma peribadi kerabat diraja Arab Saudi itu, tidak hairanlah kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada 30,200 orang pada kali ini dibandingkan lebih 40,000 orang beberapa tahun sebelum itu.

Natijahnya sehingga kini, perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu ‘tidak berani’ pula bertemu Raja Salman, apatah lagi buat lawatan rasmi ke Arab Saudi berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun.

Riyadh sudah sampai ‘isyarat’ amaran kepada Putrajaya, dan penghormatan Raja Salman meraikan Ahmad Zahid secara simbolik beri gambaran awal: kerajaan PH berhentilah buat fitnah jahat terhadap UMNO! – Mynewshub.TV

Perkara ini sangat memalukan memandangkan Menteri yang sepatutnya menjadi wakil kepada KERAjaan Malaysia disisihkan oleh Penjaga Dua Kota Suci itu.

Teringat dahulu Dr Asyraf Wajdi yang bukan pun seorang Menteri penuh disambut dan dilayan dengan baik. Bahkan mendapat liputan yang meluas di media arab. Gambarnya terpampang di media-media sosial dan dicetak bersama buku-buku dan majalah-majalah disana.

Tetapi kini wakil Malaysia Mujahid Rawa yang seorang Menteri penuh disisihkan seperti bukan siapa-siapa.


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






Memalukan! Menteri Agama Malaysia tersisih di majlis rasmi Raja Salman Memalukan! Menteri Agama Malaysia tersisih di majlis rasmi Raja Salman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on August 25, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...