"Kami tak sorok baja. Itu baja subsidi" Pesawah jawab fitnah Exco Pertanian Melaka



JASIN – Sekumpulan pesawah membuat laporan polis di atas pencerobohan yang dilakukan oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee di stor simpanan baja mereka.

Kumpulan seramai kira-kira 30 orang itu berkumpul di hadapan balai polis dan membuat satu rakaman tentang perkara ini.

"Hari ini pesawah-pesawah membuat laporan polis berhubung dengan pencerobohan Yang Berhormat Exco Pertanian Negeri Melaka, cuba menceroboh baja stor kita di Sawah Teluk Rimba di blok F iaitu tanaman padi beras wangi" kata wakil kumpulan tersebut.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Melaka fokus ternakan BABI moden ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : SPRM serbu pejabat Exco Melaka berkait salahguna kuasa dan rasuah RM2.6 juta ]

Norhizam bersama kumpulannya bertindak samseng dengan menceroboh stor simpanan baja tersebut dengan mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak salah seorang pesawah di sana.

Tindakan samseng Norhizam mendapat kecaman netizen kerana perbuatan yang ditunjukkan itu bukanlah tindakan seorang pemimpin kepada rakyatnya.

Wakil pesawah juga terpanggil untuk menjawab fitnah yang dilontarkan oleh Norhizam yang juga seorang Timbalan Pengerusi DAP Melaka bahawa baja-baja tersebut adalah baja curi yang disorokkan oleh pesawah-pesawah.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Jonker Walk seperti sarang pelacuran ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Terkini: 2 DUN Melaka akan dibubarkan ]

"Yang Berhormat Exco membuat satu laporan di akhbar Sinar Harian yang menuduh pesawah-pesawah menyorokkan baja di stor berkenaan.

"Padahal baja berkenaan adalah subsidi kerajaan (Barisan Nasional) yang digunakan untuk sawah yang berkenaan." tambahnya lagi.

Sinar Harian melaporkan kira-kira 300 guni baja didakwa baja subsidi kerajaan yang dianggarkan bernilai RM20,000 ditemui tersorok dalam sebuah kontena (stor) tersebut.

[ ARTIKEL BERKAITAN : "Isteri saya jual kuih tepi jalan beli Beg Hermes" - Ahli Parlimen Alor Gajah ]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia ]

Kelakuan Exco Pertanian Melaka ini agak aneh kerana ia seolah-olah menunjukkan dirinya tidak tahu hal-hal berkenaan dengan pertanian.

Subsidi baja akan diberikan kepada pesawah dan petani dengan kuantiti yang banyak. Apatah lagi jika baja sawah di mana tanaman padi ini dilakukan secara berkumpulan. Maka lebih banyak baja akan diberikan kepada mereka.

"Jadi kita harap kepada Exco berkenaan sedarlah diri sikit. Janganlah pentingkan diri sendiri dan jadi perompak kepada negara kita Malaysia. Jangan jadi samseng!" Nasihat pesawah itu kepada Norhizam. – Abu Leman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




"Kami tak sorok baja. Itu baja subsidi" Pesawah jawab fitnah Exco Pertanian Melaka "Kami tak sorok baja. Itu baja subsidi" Pesawah jawab fitnah Exco Pertanian Melaka Reviewed by Abu Leman Abu Seman on August 30, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...