Umur sudah 60 tahun tapi terpaksa jadi jaga kerana elaun Felda disekat


Peneroka Felda hanya mampu mengeluh kecewa apabila bantuan bulanan yang sepatutnya diterima mereka tidak sampai seperti kelazimannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Tajau, Nor Azhar Abd. Latif berkata, rata-rata peneroka kini berhadapan masalah kewangan setelah Bantuan Sara Hidup atau Pendahuluan Hasil berjumlah RM1,000 sebulan tidak lagi dibayar kepada mereka sejak bulan lalu.

“Masalah yang kami hadapi ialah wang bantuan RM1,000 itu sepatutnya kami terima secara bulanan daripada Felda, tetapi sudah tidak dibayar sejak bulan Jun lalu. Kalau sebelum ini kami terima bantuan tersebut tepat pada 23 atau 25 hari bulan tanpa sebarang masalah.

“Ini kali pertama masalah ini terjadi. Bantuan itu sangat penting kepada kami untuk menampung perbelanjaan harian sebelum kami dapat hasil sawit,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Ditanya bagaimana nasib peneroka sekiranya bantuan tersebut terus bermasalah, Nor Azhar berkata, apa lagi yang boleh dilakukan oleh peneroka selain menunggu memandangkan mereka tidak berupaya mencari sumber pendapatan lain kerana rata-ratanya sudah berumur lebih 60 tahun.

“Kawan-kawan yang berumur bawah 50 atau 60 tahun terpaksa jadi pengawal keselamatan atau kerja tambahan lain, tetapi majoriti daripada kami berusia 60 tahun.

“Ada antara kami terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan dan kebanyakannya hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, kehidupan mereka kini boleh diibaratkan sebagai terumbang-ambing.

“Tidak ada orang jaga (pantau) kami sebagai peneroka. Tidak ada tempat untuk kami mengadu dan rujuk. Kalau dulu kita ada pengerusi dan pengerusi akan sampaikan kepada menteri berhubung masalah kami, tetapi sekarang semuanya tidak ada.

“Biasanya hujung tahun kami akan dapat insentif jualan hasil dan bantuan persekolahan, tetapi sekarang kami pun tidak tahu apa nasib dan masa depan kami,” tambahnya. – UO

Bagaimanakah perasaan kita jika ibu bapa kita sendiri yang sudah tua renta diperlakukan begini rupa? Umur sudah 60 tahun masih terpaksa bekerja menjadi pengawal keselamatan. Anak-anak nak bantu pun sendiri makan tak cukup.
Umur sudah 60 tahun tapi terpaksa jadi jaga kerana elaun Felda disekat Umur sudah 60 tahun tapi terpaksa jadi jaga kerana elaun Felda disekat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 29, 2018 Rating: 5

4 comments

  1. Kasihan. Tapi jangan salahkan sesiapa. itu adalah pilihan peneroka sendiri. Mudah sangat terpedaya dengan dakyah pakatan. Lupa Yang umno telah memberi Yang terbaik sebelum ni. Juga terlalu tamak hingga ilang nikmati yg Allah beri.

    ReplyDelete
  2. yang penting najib akan didakwa..minyak harga turun.. Tol hapus.. dan byk lg yg akan kita dpt dr janji PH

    ReplyDelete
  3. Berharap lah dgn Allah. Dia saja yg boleh menyelesaikan segala masalah. Apa yg terjadi adalah ujian nya atas amal perbuatan kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. Pilihan terbaik..menang sorak kampung tergadai

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...