Shafie Apdal janji bina banyak gereja di Sabah

Shafie Apdal hadir upacara agama Kristian

Kerajaan Sabah memberi jaminan kepada rakyat di negeri itu untuk membina lebih banyak rumah ibadat kepada komuniti bukan Islam.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, kerajaan yang ditadbir Parti Warisan Sabah (Warisan), akan menunaikan janji membina lebih banyak gereja.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan membantu membina gereja-gereja. Kita juga akan memberi elaun kepada pastor jika situasi kewangan negeri membenarkan,” katanya seperti dilapor portal The Star.

Mohd Shafie berkata, beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu, bagi melaksanakan aspirasi dan harapan daripada kepimpinan baharu.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan.


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Shafie Apdal janji bina banyak gereja di Sabah Shafie Apdal janji bina banyak gereja di Sabah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 09, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. Saya harap pada suatu masa nanti akan ada parti politik yang tidak seperti Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan ataupun PAS. Parti ini akan menjadikan Syari'at Islam Ahlus Sunnah wal Jama'ah sebagai Perlembagaan di Malaysia, lebih-lebih lagi di seluruh dunia, amnya. Seorang pemimpin tidak perlu mengira latar belakangnya, pendidikan sekularnya mahupun pendapatannya, maka ilmu agamalah yang menjadi keutamaan dalam dirinya untuk agama, masyarakat dan Malaysia, khususnya. Sekian itu saja komen saya.

    Mudah-mudahan mereka (wakil rakyat) sedar akan kesilapan yang mereka alami. Saya ini rakyat biasa, tapi mempertahankan agama Islam Ahlus Sunnah wal Jama'ah merupakan suatu perkara yang penting buat saya untuk negara Malaysia yang tercinta.

    Achmad "Boedjang" Naiem
    11 Julai 2018 (Rabu)
    Sandakan, Sabah,
    Malaysia.

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...