Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia


Belum reda lagi isu Ketua Menteri Melaka yang dikatakan menganut fahaman Syiah, timbul lagi satu isu kini beliau memberi penghargaan yang besar terhadap fahaman yang difatwakan sesat itu apabila memberi jemputan rasmi kepada Ketua Syiah Malaysia sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Sebelum ini Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, Ketua Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahari berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan laporan yang tular dalam media sosial yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah adalah tidak benar.

Namun setelah melihat gambar yang dimuat naik sendiri oleh Ketua Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abdul Aziz  di akaun facebook peribadinya, rata-rata netizen menjadi keliru semula akan fahaman yang dianuti oleh Ketua Menteri Melaka ini.

Seperti yang diketahui umum, ajaran syiah mengamalkan konsep 'taqiyah' yang bermaksud berpura-pura. Fahaman syiah membenarkan amalan berpura-pura dan kita sama sekali tidak akan tahu apa isi hati seseorang jika mereka mengamalkan ajaran seperti ini.

Adakah Adly seorang syiah? Di hadapan mufti Melaka beliau mengaku sebagai ahli sunnah. Tetapi tindakan dan kecenderungan beliau pula menunjukkan sebaliknya.










Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia Ketua Menteri Melaka Undang Ketua Syiah Malaysia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 01, 2018 Rating: 5

3 comments

  1. Syiah la tu.

    ReplyDelete
  2. Kenapa dibiarkan klu da ada bukti? Knapa ktua syiah tu masih bebas?

    ReplyDelete
  3. Banyak komplen ttg cara beliau menangani sesuatu. Komplen paling popular, depan cakap lain, belakang cakap lain...

    Wallahu A'lam. Moga kita semua termasuk YAB Adly diberi Allah petunjuk jalan yang lurus..

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...