Kerajaan akan hantar Zakir pulang jika...



KERAJAAN akan berhubung dengan Peguam Negara jika ada permintaan rasmi dari India berhubung isu permintaan penghantaran pulang penceramah bebas dari India, Dr Zakir Naik.

Bagaimanapun, kerajaan India mesti membuat permintaan dahulu, kata Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Isu Zakir Naik dibangkitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar dan juga beliau sendiri dalam mesyuarat Kabinet, Rabu lalu.

"Biar kerajaan India membuat perintah penghantaran pulang yang perlu dan kami akan mengikut kedaulatan undang-undang. Namun secara dasarnya, kerajaan India mesti membuat permintaan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum Pakatan Harapan (HARAPAN) membentuk kerajaan, anggota parlimen DAP itu lantang mengkritik keputusan kerajaan BN memberikan status Penduduk Tetap kepada Zakir dan menuntut penceramah itu diusir.

"Dia banyak bercakap dengan menimbulkan kebencian di negara ini dan di tempat lain. Dia membandingkan satu agama dengan yang lain, dia mengkritik agama lain. Dia menyakitkan perasaan orang lain.

"Malaysia adalah negara berbilang kaum dan dia harus menghormati ini. Dia tidak boleh dibenarkan tinggal di sini ramai orang terpengaruh olehnya untuk terlibat dalam kegiatan pengganas.

"Dia harus diusir ke India untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan kebencian," kata Kulasegaran.

Minggu lalu, media India melaporkan Kementerian Hal Ehwal Luar republik itu telah membuat permintaan rasmi kepada Putrajaya agar Zakir dihantar pulang.

Kesimpulannya, jika kerajaan India membuat permintaan secara rasmi kepada kerajaan Malaysia maka Dr Zakir Naik akan dihantar pulang. Inilah yang Menteri-menteri hindu ini mahukan terjadi kepada Dr Zakir Naik. Kan..?




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Kerajaan akan hantar Zakir pulang jika... Kerajaan akan hantar Zakir pulang jika... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 13, 2018 Rating: 5

2 comments

  1. Bagi lah zakir naik pulang negara dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keling x de buah ple... Hujah lwn hujah la

      Delete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...