"Isteri saya jual kuih tepi jalan beli Beg Hermes" - Ahli Parlimen Alor Gajah



Sebagai suami saya rasa isteri saya yang bekerja kuat menjual kuih di tepi jalan ada hak untuk menunjukkan apa yang dimiliki bagi memberi inspirasi kepada orang lain.

MELAKA TENGAH - “Saya tak nak komen, itu gambar enam tahun lalu dan tak sepatutnya diperbesarkan,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan individu di media sosial mengenai isteri keduanya yang menunjukkan kekayaan dan kemewahan beliau.

Menurutnya, isterinya itu seorang usahawan yang bekerja kuat dan terpulang kepada persepsi masyarakat sendiri untuk membuat tanggapan dan sebagai suami beliau akan terus menyokong apa jua yang dilakukan oleh isterinya itu.

“Sebagai suami saya rasa isteri saya yang bekerja kuat menjual kuih di tepi jalan ada hak untuk menunjukkan apa yang dimiliki bagi memberi inspirasi kepada orang lain.

“Enam tahun lalu saya juga tidak memegang sebarang jawatan dan saya masih bekerja sebagai ahli perniagaan,” katanya.

Mohd Redzuan turut menyelar tindakan segelintir individu yang membuat kenyataan tiada peruntukan yang disalurkan kepada jentera dan menganggap kenyataan itu merupakan serangan ‘cybertrooper’.

Dalam pada itu, Sinar Harian mendapati beberapa akaun page Facebook memuat naik dan berkongsi gambar isteri keduanya Mohd Redzuan yang turut memaparkan kereta dan beg tangan mewah termasuk dipercayai jenama Hermes.

Sungguh memberi inspirasi. Dengan hanya menjual kuih di tepi jalan mampu membeli beg hermes yang harganya paling murah pun RM47,000. 





"Isteri saya jual kuih tepi jalan beli Beg Hermes" - Ahli Parlimen Alor Gajah "Isteri saya jual kuih tepi jalan beli Beg Hermes" - Ahli Parlimen Alor Gajah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 01, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...