Fathia mengaku pemimpin PH ajak berjimak




PELAKON Nur Fathia Latiff mengaku dia cuba didekati lelaki daripada satu parti politik yang mengajaknya dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 32, bermalam di sebuah hotel untuk berjimak.

Fathia menerusi pengurusnya, Danny berkata, lelaki berkenaan cuba untuk mendekati Fathia menerusi Instagram (IG) Zarina Anjoulie.



Menurut Danny, mereka tidak mengenali siapakah individu berkenaan sehinggalah Zarina memuat naik status berkenaan di Instagram (IG) miliknya dan mendapat reaksi media serta netizen seluruh negara.

“Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam Instagram Zarina dan mahu menggunakan Instagram Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia.



“Fathia sebelum ini pun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dia sukar mendapat tawaran berlakon.

“Sebab itu sekarang ini dia tidak mahu terbabit lagi dalam sebarang kontroversi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya dengan memasuki kelas vokal dan memantapkan lakonan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.



Menurut Danny, selepas isu terbabit menjadi tular, Zarina ada menghubunginya untuk berjumpa Fathia tetapi ditolak kerana Fathia enggan memanjangkan perkara itu selain dalam fasa untuk memulih imejnya.

“Mereka tidak bergaduh tetapi Fathia tidak mahu beritanya kembali menjadi bualan disebabkan kontroversi negatif kecuali berkaitan kerjaya seninya sahaja," katanya.



Usaha wartawan untuk mendapatkan komen Zarina dan individu lelaki yang dimaksudkan sejak pagi tadi gagal apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan WhatsApp.

Berdasarkan sumber yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah pegawai khas kepada Ahli Parlimen di negeri selatan tanah air.



Media sejak Isnin lalu melaporkan pelakon dan model seksi Zarina memuat naik memuat naik gambar lelaki pertengahan usia yang didakwa mengganggunya dan Fathia termasuk mengajak mereka bermalam di hotel.

Menerusi akaun Instagramnya itu, Zarina turut memuat naik 'screenshot' perbualan WhatsApp dihantar lelaki berkenaan iaitu resit pembayaran hotel residensi dua bilik bernilai RM647.20. - HM



ARTIKEL BERKAITAN : Pemimpin PH ajak artis 'threesom' di hotel


















Fathia mengaku pemimpin PH ajak berjimak Fathia mengaku pemimpin PH ajak berjimak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 18, 2018 Rating: 5

4 comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...