Bukit Aman lelong coli emas Rosmah


Bukan sesuatu yang baru bagi kerajaan dan penyokongnya obses terhadap bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak dari mereka pembangkang lagi.

Apa sahaja tuduhan yang tidak pernah dilontarkan kepada sosok tubuh wanita ini? Dari cincin, berlian, anting-anting, gelang dan segala jenis barang kemas, tetapi tidak satu pun pernah didakwa di mana-mana mahkamah.

Hinggalah baru-baru ini beliau disaman oleh syarikat emas dari Lubnan sebanyak hampir RM60 juta kerana barang kemas dibawah jagaan beliau dirampas oleh pihak polis Malaysia yang sekaligus menjawab semua tohmahan bahawa semua barang kemas tersebut bukanlah dibeli oleh beliau. Ia bukanlah milik Datin Seri Rosmah.

Walaupun DS Rosmah bukan lagi isteri kepada Perdana Menteri, obsesi kerajaan dan penyokong terhadapnya tidak berhenti begitu sahaja. Kali ini coli emas yang dikatakan milik DS Rosmah pula menjadi kegilaan mereka.

Coli emas ini dikatakan telah dirampas oleh pihak polis di satu serbuan dan akan dilelong pada esok hari.

Namun setelah diperiksa melalui carian https://reverse.photos, gambar coli emas tersebut sebenarnya diambil di satu Kongres Emas China yang diadakan di Beijing pada 25 Julai lalu. 


Coli emas tersebut tidak pernah dirampas oleh pihak polis dan ia tidak pernah berada di Malaysia sama sekali.

Inilah sikap kerajaan dan penyokongnya yang terlalu obses dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri dan keluarganya hinggakan cerita-cerita fitnah begitu mudah disebarkan kepada umum.


ARTIKEL BERKAITAN :

Gambar tular 'rampasan' beg Birkin, jam Rolex Najib Palsu

Disaman bukti barang kemas bukan milik Rosmah






Bukit Aman lelong coli emas Rosmah Bukit Aman lelong coli emas Rosmah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on July 31, 2018 Rating: 5

5 comments

  1. Macai ph fitnah berpisah tiada

    ReplyDelete
  2. Jadi hairan juga kenapa penyokong2 PH ni moron sangat. Hadoi

    ReplyDelete
  3. Hodoh punya perangai...tiada kerja lain ke?

    ReplyDelete
  4. Gilo dah puak phaprak phancing LGBT kaum nabi Lut karbala kuty

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...